Sunday

Garis Masa

***Jangan nak terasa kalau itu bukan hang***




Saat ini , aku masih bergetah. otak masih menerjah aktivis darah muda. Badan masih meliuk habis mencari kepuasan kaki melangkah. Bibir mulus masih petah memaki melucah sekian babi .


Tapi bila garis masa menyekat. Semua itu noktah.


Yang ada, hanya perempuan tua yang menggelebeh. otak lembab mendiskusi sebarang elemen menerjah minda. Badan tersadai longlai melihat apa yang masih ada. Bibir mengecut, suara lemah hanya mampu berbisik bersama angin.  


Pergi.Hilang.

7 comments:

EL MARIACHI said...

masa tu kau akan transform jadi Absent Minded Old Women...

burnkelana said...

Masa Noktah=MATI

Silent said...

menggelebeh.

SITOT said...

200 !!!

s.u.h.a said...

kadang2 bila fikir aku takut untuk tua. aku takut aku lupa. lupa bagaimana suatu masa dulu aku muda.

Syed Ahmad Fathi said...

Sementara masih muda carilah sesuatu yang berharga bekalan di hari tua :)

neslO_ais said...

uih begitu sastera :D