Wednesday

10 9 8 7 6 5 4 3 2 1

***Jangan nak terasa kalau itu bukan hang***




10 jari longlai menggelosor bangun.
 9 batang Winston light bermula arena di awan.
 8 pil kepura-puraan mengisi perut.
 7 botol vodka campur aspirin formula baru.
 6 kepulan asap hembusan Marijuana menempah lambungan angan.
 5 segi ruang cuba hidupkan normal manusiawi.
 4 bentuk tulang-tulang mula menunjuk seni.
 3 titisan suam dari mata turun dari dinding sejuk pipi.
 2 tangan berpeluk sendiri untuk mengakhiri.
 1 saat lagi untuk berlari ke belakang memanipulasi semua.





10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 .
0 ?
Tidak lagi mampu menjadi istilah untuk ubah 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1.


Dari sudut dia, 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 reka tansformasi untuk dia menyalin kulit. 
10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 buat dia jadi tandus minda normal dan heret kepada takat didih darjah kebodohan. Walau saat 1, dia mampu menunjuk baris gigi . Sebab dia dah penat di manipulasi. 


Dia tetap mengaku normal. Itu pasti.





2 comments:

PK said...

hanyut ditelan halusinasi.

membunuh emosi. Atau terbunuh?

10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
dia masih mengaku normal.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
dia tetap mengaku normal.

Nurarnida Sabrina said...

tidak lagi dibunuh.Dia tidak ingin lagi bunuh diri sendiri.

Hurm, dia masih normal sehingga sekarang.