Monday

Bermuka - muka

***Jangan nak terasa kalau itu bukan hang***


Dia fikir dari minda adaptasi diri sendiri, dia menang. Maka yang lain tewas. Mana tidaknya, dia hebat semegah kerna dia main permainan ini. Permainan ini tidak perlu Degree, Master atau Phd. Hanya segulung nekad di hati kudus berselimutkan plastik. 


Corak permainan dia? Untuk lebih sukses, lebih dari double dia bisa praktik. Dia bermain kata, sama muka untuk hasil lebih produktif. Dari satu sudut, dia meratap sedih melihat kamu jatuh tersungkur. Sudut persembunyian yang lain, dia ketawa iblis kerana konco-konco dia tembak kamu sampai lumpuh. 


Dia selalu menang dalam permainan ini. Senjata utama dia hanya dengan doublekan muka, bermuka-muka. Mudah bukan? Mudah bagi dia yang agaknya di didik untuk menjadi pemakai topeng ilusi bermain karakter. 



Arahan permainan :


Hakikat perlu ditelan , hidup bukan sekadar inhale dan exhale. Bila bersepah manusiawi bermain transformasi sekelip mata, kalian perlu bijak mengatur strategi membalas serangan bertubi. Cuma jangan belajar ilmu mengguna topeng ilusi. Itu ilmu permainan hanya untuk babi. Bukan manusiawi.





14 comments:

Johan "Champ" Radzi said...

Aku mahu join game ini.

Menarik.

tora gagarin said...

lu kena ingat dialog cerita dalam Ali Baba Bujang Lapok " buat apa tunggu lagi , kita kasi pecah laaaaa " . haha .

EL MARIACHI said...

tak tahu nak beza...terlalu banyak muka kita makan kuih seri muka ajer...

Azam Shah said...

talam tin biskut. :)

Khamiza-Khalisha said...

permainan yang hebat..

Shamsuddin Amin said...

ak x suke org yg men game ni...
huhu

Syaza Shaker said...

Double-kan muka? Dem, aku tak suka beb.Tapi memang rata-rata itu yang ada skarang

Nurarnida Sabrina said...

Johan - Join. Tapi jgn guna senjata bermuka muka. Itu untuk babi2.

Tora - Lu tnggu gua meletup. Memang gua kasi pecah muka dia.HAHA

el - itu kuih kgemaran tok aku

azam - talam tin biskut?gua Blur.

khamiza - hebat ? bahaya juga

dean - gua pun benci. Nyampah u ols. HAHA

Syaza - bersepah2 kan. Hipokrit. Nak bermuka muka pun bertempat lah kan?

dochi said...

nak jadi babi juga ?
baru boleh hidup haha !

Nurarnida Sabrina said...

mula-mula mmg boleh hidup. Lepas tuh mati gantung diri sdri.HAHA

Seroja Jingga said...

aku tak suka main game ni..tapi kalau dah terpaksa aku turutkan saja. semua manusia memang bermuka muka. ah aku juga mungkin. dalam keadaan yg berbeda

first time dsini rasanye.tulisan lu bagus. ini ikhlas dari aku

Nurarnida Sabrina said...

Boleh main game ini ikut kondisi. Mungkin darurat. Jadi jangan gian dan jadi master mainan ni. Hurm, trimas untuk yeast. HAHA

Lucifer said...

menarik. penulisan kau menarik hati aku. kalau aku ajak menulis di sebuah blog, mahu?

Nurarnida Sabrina said...

Trimas lucifer. Blog mana? Mahu, aku tidak kisah.