Wednesday

Dahulu sama Labu

***Jangan nak terasa kalau itu bukan hang***


Aku punya teman sepermainan dahulu, Labu. Pelik tentang Labu kerana dia punya Papa sama Papa. Aku selalu garu kepala kerana dia tidak normal. Tidak ada Mama sama Papa. Bila aku tanya Labu, Labu kata Papa dan Babah dia bilang sebegini;


"Labu wujud dari lawannya arus hukum alam, hukum cinta Papa sama Babah letakkan Labu takhta Anak. Bersyukur dan jangan tanya kami lagi. "


Itu tidak mengapa. Aku terima kerana aku bukan paham apa Papa-papa dia merepek. Labu juga sama. Labu pernah pesan kepada aku. Kita perlu jadi 'bodoh'. Supaya kita bisa menjadi bos besar nanti. Kita diharam menjadi 'cerdik' supaya kita tidak tunduk menjadi balaci. Aku anggap Labu benar, kerana Labu nampak polos bicaranya. 


Paling aku tidak lupa, Labu pernah ajar aku erti bahagia berjalan-jalan di awan. Ramuan dia senang sahaja, Vodka di campur Aspirin. Jujur, itu rasa bahagia terhebat. Saat itu, aku mampu berbogel dengan berbaju lengkap, aku mampu ketawa berjuta suara dari satu mulut. 


Itu zaman muda mudi kami.Kami sudah mati.



20 comments:

pencaci jalanan said...

kami ditelan kenangan?

Nurarnida Sabrina said...

ya. di telan kenangan dan diludah seperti bajingan.

Aza Aziz said...

Papa sama papa ? Aku pun tak paham macam mana boleh terjadi :/ *garu kepala .

Nurarnida Sabrina said...

Tak kan jadi punya. Belalai sama belalai mana boleh ada baby. Mereka guna sperm salah seorang tumpangkan ke rahim seorang perempuan. Lahir anak itu, dibuat seperti hasil Papa sama Papa.

zacky ~786~ said...

cmne ni.. da dua kali bace.. try nk fhm.. huhuu.. kami telah mati.. ?

M Fizan said...

best entri nie :D

singgah follow..feel free to follow me back :)

EL MARIACHI said...

menunggu cerita apam...

s.u.h.a said...

tak mungkin ending anda berdua. kwn susah bodoh itu lah kwn sebenar.

dochi said...

bertuahlah dapat Labu .

APAN said...

labu tu anak angkat la kan? papa ngan babah... haha...

Nurarnida Sabrina said...

zacky- mereka bernyawa, tetapi mati. Cuba la paham.

fizan- gracias

el - cerita apam? Lu ingat blog porn ka xhabis2 dgn apam? Perli la wat entry apam sendiri.

suha - itu memang ending mereka berdua. Ditambah juga mereka adalah Papa dan Papa yang baru. New gay born.

dochi - yah, dia bertua dapat Labu yang suka belalai. HAHA

Apan - Tak di angkat. Labu hasil sperma salah seorang Papa. Dan di gabung dengan ovum dan tumpangan rahim seorang gadis asing.

APAN said...

macam tu plak dah...pakai ibu tumpang la ni

Nurarnida Sabrina said...

Ya. Benar. Biasa lah. Zaman kegemilangan teknologi dan zaman jahiliyah sedang menguasai.Seiring dan sejalan woo

khairul akmal azman said...

labu oh labu?
aku kangen sama ko..hehe

PK said...

masa juga mampu mengubah 'kami' itu bukan?

gua kurang tidur sebenarnya. jadi gua cuma memahami sedaya upaya si Labu itu. Apa dia seorang gay?

Mutiara Bernilai said...

terkesan sekali dengn statement labu,
untuk berjaya, jangan jadi cerdik, nanti jadi balaci,,ah,kuli,,

Nurarnida Sabrina said...

khairul - jangan. Kangen2 nanti ikut jejak Papa dan Babah dia lah. HAHA

Pk- Masa mengubah kalau kami mampu ikut arus masa. Kalau masih tersekat? Yeah, Labu ikut jejak Papa sama Babah dia.

Mutiara - Bagus lah mengerti statement itu.

Norman Bates said...

hmmmm.. terkesima.

KHRLHSYM said...

berbogel ketika berbaju lengkap. hehe.

Nurarnida Sabrina said...

norman - sebab?

khyrlsm - itu lagi sexy kan? HAHA