Tuesday

Imidomolama

***Jangan nak terasa kalau itu bukan hang***


Mamat punya idola yang di letak di tingkat 1313. Bukan apa, Mamat letak di situ supaya tiada lah yang berani memijak-mijak beratus ribu tangga rapuh itu untuk berjumpa idola dia. Lif di bangunan itu sudah mampus, gara-gara mahu jimat kos. Mamat tidak perlu risau kerana idola dia punya tangan, tangan hebat yang mampu dipanjang.Bila Mamat jerit Imidomolama!Idola dia mula hulur tangan panjang. Sampai di atas, Mamat lepas rindu puas-puas. Idola dia bisu, tidak mampu komentar tentang hidup di tingkat 1313. 


Sikat Ajam itu milik aku, tuksedo pula sudah tiada. Semua batal. Katil kami milik Ajam sama dia. 


Mamat berbisik sendiri. Mamat mula hidup selepas mati bersama Idola dia di tingkat 1313. Dia ada misi. Dia panggil Ajam kesitu dan suruh Ajam kembali bersama idola dia. Dia jerit Imidomolama. Tangan idola dia mula memanjang, Ajam ghairah memanjat tinggal Mamat di bawah. Ajam di tingkat 1312. Mamat senyum, 1000 das tembakan di lepas ke tangan idola. Tangan itu mati, Ajam jatuh. Mati. Idola hidup di atas sendiri, biar tangan ajaib terkulai mati. 


Puas. 



4 comments:

karmasarkastik said...

aku juga puas....ketika mengantuk...

Nurarnida Sabrina said...

sensasi kepuasan masing-masing berbeza.

FAUZI NOR said...

nice entry and nice blog la..

serious..
good job.. ;p

Nurarnida Sabrina said...

gracias fauzi