Monday

Tiket terbang

***Jangan nak terasa kalau itu bukan hang***







Kapasiti otak dia bilang mampu. Walhal taraf logika akal manusiawi menyekat lonjakan ekstrabiasa dia. Dia sudah longlai terduduk bermain dalam sudut kotak terkunci. Pintu keluar ditutup hitam tuan kotak. Permulaan sudut, dia berlagak seperti kiub-kiub memuatkan segi kotak. Bila segi kotak penuh, dia berlagak seperti angin menyelinap di celah segi kotak. Bila angin semput di segi kotak penuh, dia cuba sedut oksigen supaya zarah-zarah hidup itu memberi ruang kepada dia.

Memang dia hidup berlari anak di kotak itu. Hanya kotak itu. Kotak yang kadang terkotak katik bermain sempit dengan dia. Maka, dia sesak dan muak. Lalu, saat tuan kotak beri suapan rasuah untuk hidup lagi, dia rentap tangan si pemberi . Dia nekad untuk sentap nyawa tuan kotak. 

Tiada tuan kotak lagi. Sudah dimamah tanah. Dia senyum puas . Bagi dia,  pembunuhan itu tiket untuk dia terbang. Lenyap segi kotak. Langit ganjaran termewah. 

Terbang. Terbang. Terbang.


6 comments:

dindingkosong said...

terbang nikmati kebebasan kau.

Farhan Zulhusmi said...

mungkin terbang ini yang akan membuatkan dirinya merasa apa itu kebebasan....

Botak said...

terbanglah selagi berdaya...

EL MARIACHI said...

aku phobia tempat tinggi...of course I cannot fly ...I dont believe I can fly...

- koroe - said...

kau nak sangat terbang kan.

pergi duduk dalam kotak.

bayangkan kau sedang terbang.

Nurarnida Sabrina said...

dinding - bukan kebebasan aku

farhan - mungkin, kalau xada sapa tembak dia dari bawah

botak - selagi ada kudrat kan

el- itu hang.

koroe - bayangan xselalu boleh diselarikan akal logika.