Monday

Fräulein

Teori - teori dan pasak-pasak ideologi dari pelusuk minda-minda besar  selalu mahu di bisikkan di cuping telinga aku. Aku hanya meresap masuk segala pautan yang mereka cuba beri seikhlas hati. Menolak dengan buih kata mahu pun perilaku normal seperti mereka tidak aku gemar sama sekali. Normal bagi dunia aku adalah berdiskusi dengan minda aku sendiri dengan santapan minda-minda lain yang masih cuba membandingkan rembesan  jus otak masing-masing.

Jika mereka laju menaip papan kekunci tentang gesekan gelodak sanubari , memaparkan video-video dengan niat mahu setiap kerbau - kerbau di tanah membuka ruang debat dan mempamerkan hujah-hujah lantang, aku hanya menjadi pemerhati yang kerap kali refresh page tersebut. Membaca dengan membuang rasa wajib bagi seorang rakyat jelata harus ada.

Usai aku biar otak aku bekerja, aku senyum pula melihat dua pihak berbeza ideologi dengan cubaan menghasut gadis yang mereka kira mentah pikirannya. Yang mereka kira buta pandangannya. Tak mengapa. Aku memang gadis muda. Mentah kata mereka.


Puan besar pernah cuba tanya, pautan mana aku? Tiada . Tak perlu aku beritahu, tak perlu aku canang ke sana ke mari. Sampai ketika dan masa, aku tahu apa perlu aku laksana sebagai rakyat jelata negara. Cukup sekadar itu.Untuk bermain bersama mereka, aku penat. Tidak akan pernah habis kerana tapak di pijak namanya taman permainan bukan?

Biar aku di tepi tidak bermain seperti mereka. Biar aku kolot dengan celah-celah pemikiran aku sendiri. Biar aku genggam erat dan rapi.Biar paksi yang cendong berdiri, tapi masih kukuh dengan nilai sendiri.

Keghairahan elemen kolot masih berlegar di tubuh tunggal gadis muda seusia 19 yang tidak bisa kencing puas di dalam seluar seperti dahulu. Kau pun sama bukan? 

14 comments:

Cangkul Emas said...

lihat.
sungguh aku mahu menjadi seperti kau.
namun gelodak panas sentiasa menggelegak dalam sanubari.melihat serigala dan anjing menyalak sakan.





AKU TAK TAHAN.
*berlalu setapak demi setapak*

penjajah minda said...

lost

dochi said...

aku tak layan .
tapi aku masih amik peduli .

monologtinism said...

walau masih muda
*yang tidak berapa nak muda*

aku juga punya pegangan sendiri
tahu berfikir apa yang diingini
walau kadangkala terbit juga keliru dihati.

kau ni 19 tahun?

CassiaSiamea said...

gajah sama gajah
pelanduk tersepit di tgh2..

biarkan mereka dgn idealogi mereka
asal hati gembira..
pilihan ditangan anda

undi adalah rahsia...

Jiwa said...

aku neutral.
klau bersuara, mereka kata aku belum ckup garam.

vampire's lovex said...

banyak bercakap tak guna,kalau tetap je batang tubuh kat tempat sendiri,tak berganjak..

diam bukan bermakna setuju,diam bukan bermakna takda pendirian :)

Mehmed - said...

pegang dengan apa yang kau percaya dan terus berjalan.otak masih ada ruang untuk berfikir.

Nurarnida Sabrina said...

cangkul - masing2 berbeza.

penjajah- cari jalan keluar

dochi - amik peduli itu perlu.

monologtism - yeah.19.

cassia- undi tk menjadi rahsia dah sebenarnya

jiwa- freedom of speech tak perlu lebih garam sahaja.darah tinggi nnti.hihi

vampire - benar

mehmed- terlalu bnyk ruang

ghost writer said...

aku masih melayan permainan itu.sangat seronok gan.meski aku sudah tidak tau kencing berlari,tapi pemikiran aku tetap.tetap pada suatu yang aku tetapkan.menetapkan pada siapa harus aku percaya untuk didiskusikan.selebihnya kita tolak tepi seperti menolak biji sawi yang terkaut sama ke dalam nasi.

Nurarnida Sabrina said...

kau menjadi idealis dengan tetap dengan satu pasak pikiran kau yang sendiri.

Al said...

ahh biarkan aje mereka dgn drama mereka sndiri.

kita lihat dan layan sket2 pon best jgk kan..

Jari Berbicara said...

bahasa anda.

YZ said...

"Biar paksi yang cendong berdiri, tapi masih kukuh dengan nilai sendiri."

Minta kebenaran mencetak ayat ini sebagai pedoman. Mendalam maksud. Terima kasih.:)