Sunday

hulup.agit


Sekuat mana aku cuba dengan taksub dan ghairah melonjak tiap detik detak-detak dengusan sempurna, sekuat itu juga aku mahu sekumit cebisan yang masih bersisa dan teguh mencanak itu kekal. Bukan mahu propa dengan kekuatan tubuh tunggul hina ini, tapi masih berharap dan mendongak langit untuk cantumnya rabak-rabak iman yang masih mahu dan butuh berdamping dengan aku.

Kalau bergelodak terlebih dari biasa, aku harap teriknya cahaya yang siram tubuh tunggal ini hanya meresap masuk dan aku masih mampu menunjuk baris gigi. Kalau malam-malam nanti aku tumpas dengan godaan salaman kehinaan malam, harap suara-suara Nur mampu menarik hati aku sujud lebih dari biasa dan tumpas dalam ketundukan aku kepadaNya.

 " Aku masih hidup Ramadhan ini dengan cebisan iman yang masih kelabu , dihiasi percikan sumbang yang menumpang beradu." - 11.00 p.m.

SELAMAT BERPUASA

24 comments:

Cangkul Emas said...

selamat berpuasa juga untuk kamu.

adysuR said...

Salam Ramadhan juga. =)

delarocha said...

sudah tiba masa yg sesuai untuk menjadi sisi yang baru.

Waqheh said...

ayat dasyat..kagum ahhhh...

selamat menjalani ibadah puasa..

penjajah minda said...

"ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..." aku nyanyi khas utk kau hahaha

fz said...

syukur dapat jumpa lagi dengan ramadhan,cuma sempat habiskan sampai hari last ke x,tu wallahualam.panjang umur,sempat la,kan...


selamat berpuasa

CassiaSiamea said...

sama sama putihkan yg kelabu
jika kamu rasa putih itu lebih bersih..

slamat berpuasa..

Zulfikar Hazri said...

harap yg kelabu itu berpelangi akhirnya...

atau kita keliru ia tidak perlukan pelangi, hanya satu warna, hitam atau putih akhirnya.

PK said...

syukur lah masih hidup kan?

pantas gila masa brlalu.

Nasrul said...

selamat berpuasa!!!

Kepala Manchiss said...

semoga dan selamat.

monologtinism said...

mahu seribu daya tak mahu seribu dalih. harap harap kita tidak tergolong. yang penting keinginan dan usaha.
mari berusaha!

selamat berpuasa~=)

Nurarnida Sabrina said...

cangkul emas - selamat berpuasa :)

adsyur - salam ramadhan juga

delarocha - masa yg mmg sesuai dan sgt brmkna

waqheh - slmt brpuasa juga.jgn curi2 mkn.HAHA

penjajah minda - nyanyi lah.kot2 turun hujan, xla kering sgt tekak.hihi

fz - ajal maut di tgn Allah. Selamat berpuasa juga :)

cassia - jika aku lebihkan yg ptih, kelabu itu akan mnjadi kelabu yg pudar wrnanya. sbb bnyk lagi wrna hitam yg monopoli

zulfikar - putih yg suci di hati kita perlukan.

pk - sgt pntas. aku rasa mcm im still a baby. lol

nasrul - selamat berpuasa :)

kepala manchiss - AMIN

monologtism - gigih berusaha.lg 29 hari. hihi.selamat berpuasa!

ghost writer said...

diri sendiri pun mampu untuk tunduk,rina.

Nurarnida Sabrina said...

memang mampu dan wajib. tapi selalu terleka dan tersadung. Sbb itu memhon utk Nur yg sntiasa mngiringi kita

Monster Globalisasi said...

salute bulan yang mulia..setiap hari adalah sejarah yang manusia ciptakan..ciptalah sejarah yang berguna..

told la hejauw said...

selamat berpuasa :)

lavender harum wangi said...

haish~ entahlah cikgu.


kosong.




kosong.





kosong.






mencari....




selamat berada dibulan RAMADHAN.




okbai.

Nurarnida Sabrina said...

mosnter - sebalik sejarah berguna.ada juga yg tidak berguna dlm buku sejarah aku.hidup yg terlalu abstrak.

told - selamat berpuasa juga

lavender - er.cikgu???

Shamsuddin Amin said...

kau still gah dgn gaya bahasamu...

selamat ber-ramadhan....^^

Waqheh said...

bila mau hapedet daaa..don try to tel me that u letih pose beb wlupun lu penah kuat tido at pusat islam keh keh..

dayya said...

salam ramadhan:)

Nurarnida Sabrina said...

dean - selamat

waqheh - mmg gua letih puasa. kalau tk letih tuh, maksdnya tk puasa lah kan? HAHAHA

dayya - salam ramdhan juga

lavender harum wangi said...

entah la cikgu~ <--- tagline yang takde motif. fokus sebenar hanya pada perkataan entah.







okbai.