Thursday

Lachen

Ingin di rembes tahi-tahi, supaya lega rasa hati. Hilang sedikit pedih-pedih di hujung-hujung rasa. Aku baru nampak corak-corak abstrak yang sekejap hilang sekejap muncul. Mahu sahaja aku sentuh, rasa dan kucup corak-corak asing dalam hidup. Cuma, makin aku dekat dan hampir, corak-corak itu berlari-lari anak dan bermain hide and seek sama aku. Bukan tidak mahu kejar, tetapi sudah penat mengejar.

Semput bermain kejar-kejar. Aku mahu cuba bernyanyi untuk memanggil dan menyeru corak-corak asing. Corak-corak itu ketat berkepit di tengah laluan sesak. Buat aku lagi kuat menyanyi dan biar suara halus aku mula berlegar-legar dengan kudrat yang tegar mencari magis corak-corak yang mula menarik rona-rona berlari.  Masih terus menyanyi, sambil mencari rentak syarat terlarang yang tak mungkin basi. Datang lah segenap paut daerah hila-hilai yang tidak akan pernah usai.

Aku rindu gelak tawa yang mula bercumbu-cumbu dalam mamai.

11 comments:

Cangkul Emas said...

bahasa yang sangat artistik.

sungguh anda tergolong dalam antara blogger mentor saya!

Tunjuk ajarku SIFU!

*maluu....*

hazaikazulkafli said...

kdg diatas..kdg dibawah.

syafiq mohamad said...

macam mana buat gamba di sebelah?cool

Zulfikar Hazri said...

gelak dalam falsetto



nangis dalam soprano

penjajah minda said...

aku tak hadam.

Afiq Sahidi said...

nice words!!

Kepala Manchiss said...

berak sambil gelak pun chare gak beb.

Nurarnida Sabrina said...

cangkul emas - terima kasih

hazaika- aku di tengah2 skrg

syafiq - gmbr tuh aku guna photoscape je.aku guna cellophane pny effect

zul- semua itu jadi dalam bisu

penjajah - its ok.hihi

afiq - thankz

kepala manchiss - chare tuh apa?

umarmarwan said...

unik!..:D

farihan idris said...

aku jalan & baca blog kau. penulisan penuh perasaan.

vampire's lovex said...

jangan kejar corak2 tu,kalau betol dia milik kita,dia yg datang sendiri kat kiat..