Sunday

Paar

Kota Paar ,kota istimewa yang mana penghuni nya semua berpasangan. Aku buka langkah ke sana dengan berani untuk lari dari kotak cubic yang sudah 100 tahun aku huni sendiri. Kota itu sebenarnya kota larangan bagi manusiawi yang menggondol status 'Single'. Di situ, melawan arus hukum alam tidak haram. Lesbian atau Gay dibenarkan menghuni , asalkan mereka punya pasangan. Itu sudah cukup halal dan cukup syarat wajib bagi mendapatkan status warganegara Paar.

Aku menyeludup masuk ke dalam kota Paar. Mudah bagi aku kerana aku punya kuasa halimunan. Aku gigit sahaja bibir mungil ini, dan sekelip mata aku hilang dari pancaindera segenap penghuni. Bebas aku berjalan petang itu. Cuaca mendung, angin sepoi-sepoi bahasa menari bebas meraba setiap penghuni yang di luar.

Di lorong pertama aku berjalan, aku lihat pasangan berdarah muda yang bertekak. Si perempuan kelihatan seperti singa yang bicaranya kalah bertih jagung. Si lelaki pula hanya bermasam muka dan menjuih bibir. Bila ada teman-teman lain lalu lalang, mereka berpeluk dan bercium sakan. Pelik. 

Di lorong kedua, dua pasangan Lesbian sedang beramas mesra, menikmati aset yang sama, berbeza warna dan saiz sahaja. Selesai dalam 20 minit aku kira, mereka berpisah dan kembali kepada kaum Adam mereka. 

Di hujung lorong itu juga, ada pasangan yang berumah di bawah jalan. Pintu masuk mereka yang utama longkang. Aku ke rumah mereka pula untuk menonton scene baru. Yang aku dengar jeritan suara wanita lemah. Di pukul dan dihentak oleh si suami. Lembik, tapi tiga jam selepas itu masih mampu tersenyum dan sediakan makan malam untuk si suami. Melayan dengan senyuman dan memberi hidangan di ranjang juga.

Di lorong atas langit ke dua pula, ada pasangan yang tampak bahagia.Boleh nampak angin-angin menari bersama mereka dengan siulan indah berirama. Bila tiba waktu si suami untuk turun ke langit terbawah untuk bekerja, isteri kucup bahagia tangan suami. Aku ikut jejak langkah si suami ke tempat kerja. Yang aku pelik, dia singgah ke langit pertama dan berjumpa seorang gadis muda. Mereka juga kelihatan bahagia. 

Perjalanan aku terhenti di situ. Lawatan pertama ke kota Paar. Waktu mahu pulang ke kotak cubic, aku jumpa seorang jejaka. Halimunan mampu lihat halimunan.Itu magis antara halimunan. Jejaka itu sang halimunan. Berselisih. Dia menyapa, aku tunduk. 

Terus berjalan.



17 comments:

PK said...

setiap perhubungan itu pasti ada kelemahan dan cacat celanya. dari cara kita saja bagaimana menjadikannya lebih indah dan sempurna.

mungkin KHRLHSYM yg lu jumpa tu..hehe.

intan.maisarah said...

suka komen PK.

satu olahan yang menarik.
suka baca.
memang begitulah konsep perhubungan di dunia sekarang..

jarang indah.

Lucifer said...

hubungan, curang itu sudah normal di jaman ini.


dan setiap kecacatan itu akan ditempek bedak. bergantunglah.

Amiey White said...

manusia selalu ingin nampak sempurna di depan orang ramai , dan hati manusia ni pelik .Pemikiran lain dari apa mereka buat .

penjajah minda said...

duniawi. hubungan terlarang. curang. pura2 bahagia. tak seindah hubungan denganNya.

Kamil Kahar said...

huhu...beramas mesra...

Scya Lollita said...

tak ada yg sempurna dlm dunia selain DIA dan NABINYA .

yg curg tu blom rse ,
dah rse nt bru dia tahu sakitnya

Johan "Champ" Radzi said...

Jika kota itu benar-benar wujud, tunjukkan aku mana.

Menarik sekali :)

hazaikazulkafli said...

adat la.tak sempurna hidup tanpa kecacatan.

aryl said...

nice =)

Mehmed - said...

proses itu hakikat.

Afiq Sahidi said...

this is awesome beb. like it!!

Nurarnida Sabrina said...

pk - kalau gua jumpa khyrlsm tuh gua dah mintak gaji.HAHHAHA

intan maisarah - jarang indah bila kita terbayang yang lebih2 indah bukan

lucifer - tempek bedak. bedak akan luntur jugak.

amiey - aku setuju. macam kita cakap i love you. entah betul.entah tidak

penjajah minda- hubungan denganNya berat.Sebab hanya kita yg akan silap.

kamil. - beramas lagi sedap di dengar dari beramah.HAHA

lolita - cintah terindah memang antara kita dan Dia

johan - wujud dengan imaginasi masing2

hazaika - betul tuh.

mehmed - hakikat . buat kita makin penat tapi tetap kena telan kelat2.

afiq & aryl - thankz

yui92 said...

ada sambungan lagi?

Nurarnida Sabrina said...

xada. terhenti di situ sahaja.

Dee Zahari said...

weeewiiitt dah jumpa jodoh halimunan letewwww :D

Nurarnida Sabrina said...

tak tak tak. :(