Wednesday

wo ist es ?


Malam itu ada bulan. Bulan yang aku kira masih separa matang. Di bawah cahaya bulan itu aku nampak ribuan tangan kudus. Tidak perlu disalam aku kira. Aku lempar senyum sinis dan terus berjalan mencari tangan-tangan hina yang aku gian mahu kucup dan hidu.

Ada juga kasut-kasut kecil yang berjalan. Berselisih tapak dengan aku. Aku tunduk , pijak kasut-kasut kecil itu. Murah!

Tengah-tengah kota malam itu juga, ada suara-suara merdu. Menari bersama angin-angin yang lalu lalang.Pedih telinga aku. Pedih sangat-sangat. Lalu aku putuskan untuk berlari anjing mencari melodi-melodi sumbang di langit-langit atas.

Di langit pertama, aku tunduk dan renung ke bawah. Ternyata kosong. Aku gelak sendiri.

Berkhayal lagi aku malam ini. Mana pergi ruang yang hilang?



16 comments:

Dark Half said...

suka baca walaupun sgt deep

Zulfikar Hazri said...

tangan, kasut, angin, langit.

perkataan ini keluar dari minda bawah sedar kau.

writing stroke kata orang.

Cangkul Emas said...

ya..itulah yang dikatakAN,

mental disorder..HAHAHA*ketawa*

NAJ HEBAT said...

khayal la lagi. aku sentiasa baca khayalan kau.

ahleng ariKen said...

nice writing..gambo kat tp tu pon lawa

kerisperak said...

suka baca.. leh jadi sumber ilham ni.. (^_^)

Lucifer said...

saya pun. deep gila.

s.u.h.a said...

jauh sungguh hg berkhayal. sampai susah nak faham.

Nurarnida Sabrina said...

dark half & keris & ahleng - trimas

zul - aku sentiasa cuba untuk sedar.

cangkul - kadang2. hihi

naj - takut hanyut dengan khyalan jugak.hihi

luc - gegeh.haha

suha - maaf sbb kau tk phm.

Nasriq said...

aku pun tengah berkhayal... mabuk durian...

Kepala Manchiss said...

gua jawab insomnia.


gua dah lme jeles tgk gambo 3D lu tuh.

Nurarnida Sabrina said...

nashriq - nak jugak durian.

kepala manchis - lu boleh je buat gmbar tuh.gua kdg2 amik gmbr kt tumblr or gmbr sdri2 edit background gmbr gua kaler itam sbb background blog gitu. Lepas tuh, gua guna effect cellophane tuh nak nampak timbul skit.

CassiaSiamea said...

hahaha

berkhayal jgn sampai lupa bumi dipijak...

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

indah nya bulan itu seolah dia tersenyum pada ku :)

suka2 entry neh

Jiwa said...

i cannot brain this.

Nurarnida Sabrina said...

cassia - kdg3 terlupa

dreadlock - trimas

jiwa - tk apa