Saturday

bergetah.


Pernah kau sedar yang wujudnya subjek yang wajib dipelajari tapi digeruni dan dibelakangi? Subjek kematian.

Sekarang, dalam satu helaan nafas kau kira nombor 1 sampai kiraan yang kau dah tak tahan nafas. Mungkin sekarang kau mampu kira hingga nombor 40. Dan cuba kau ulang aksi sebegitu bila kau dah berumur 60 atau 70 tahun. Dan kau akan rasa betapa kau mencemburui helaan nafas dulu. Itu kebenaran yang akan membebaskan kau dan biar kau terbang tinggi-tinggi. Menggapai langit. Dan mula hilang dari tapak permainan silam kau.

Mungkin ada sedikit sesalan yang mahu mencumbui jiwa kotak katik kau. Tapi kau juga akan mampu tersenyum dengan beribu helai uban di rambut, badan yang sudah mula mengendur dan kerutan yang makin menjadi. Kau akan menunjuk baris-baris gigi sambil bermonolog sendiri ;

"Aku gembira menjadi tua kerana aku mampu lihat betapa sukarnya  menjadi muda."

Mungkin cerita Nenek dahulu adalah Panda dan Doraemon lebih mengasyikkan buat cucu cicit aku nanti berbanding Nenek dahulu adalah Kerengga dan buah Pear. Simpan.  


                                

26 comments:

penjajah minda said...

tua.kalau la ada mesin masa.aku nak tengok rupa aku 20 tahun akan datang

Johan 'Champ' Radzi said...

cukup deep.

impressive.

monologtinism said...

pantasnya masa berlalu terasa kejap

haikalblank said...

kerana itu perlu sentiasa ada syukur. fuhh, subjek yang selalu ku 'lupakan'.

Cangkul Emas said...

mungkin aku di dangdut masa 20 tahun akan datang~



goyang weh~~

intan.maisarah said...

entah aku dapat atau tidak, merasa jadi tua

fz said...

time2 dah tua la baru nak cari masjid,book tiket g mekah kan kan...tu pun kalo sempat tua

shizuka said...

bila sudah tua nanti pasti kita rasa cepat saja waktu meninggalkan kita.

Waqheh said...

gua harap tua gua nanti adalah tua yg berisi bukan tua yg semakin menjadi..

Dale said...

aku. tak payah tunggu tua, skang pun dah terasa.
ohh, i've asthma. heheh

delarocha said...

dengan habit yang ada sekarang, takut tak sempat tua.

ghost writer said...

itu pun kalau masih ada gigi.

tua itu bagus.

erolnukman said...

subjek yg wajib dipelajari!

Kepala Manchiss said...

kiss kiss bang bang!

pembaris said...

arwah datuk,datuk2 saudara sebelah ibu kebanykkannya meninggal umur 63.aku pun mungkin macam tu

bloghok said...

OWOH SEKSI NGT TOK NI..

Efendi Johar said...

Ramai orang takut untuk mati, sedangkan hidup atas bumi cuma sebahagian 'hidup', dan mati adalah salah satu bahagian yang 'hidup' perlu ada


yang benar,
pelajar kelab kaunseling sesi Jun 2011

Nurarnida Sabrina said...

penjajah minda - kalau ada mesin tuh, inform aku.Aku nak jugak. Hihi

johan - ya.

monologtism - pejam celik pejam celik

haikal - ya, bersyukur itu wajib. Subjek itu kadang-kadang kalau tak terlupa pun kita takut nak hampir dan belajar

cangkul - kalau hidup lagi.HAHAHA. kalau tak, goyang dlm tanah. Hihihi

intan - kita mmg tk pasti. Semua di tgn Dia

fz - aa la. Tapi psl gi mekah tuh, sbb time tuh baru ada duit kot. Hihihi

shizuka - skrg pun rasa cpt je.

waqheh - gua byg lu tgh senyum sampai ke telinga dengan mengusap perut buncit lu.Hihihi

dale - asthma? Sama lah.Haha

delarocha - smoking?

ghost - gigi palsu ada kan? hihi

erol - benar

kepala manchiss - ni tua nak kiss2 lagi ke? Kiss bini jela bang. HAHHA

pembaris - mungkin. mungkin juga umur 36.HAHA

bloghok - harus la nyah.

efendi - Woahhhh. Effendi Johar budak kelab kaunseling *ternganga sekejap* .

sang mantan, said...

hay hay.

venus planet cinta said...

aku suka mati. ia satu proses hijrah. aku suka.

alepridz said...

wow dasyat...

tapi bagus jugak jadi tua.. sebab dapat hidup lama.. stadart la barang lama mesti la semput..


JEMPUT SINGGAH BACA ENTRY ALEP YER...
HARAPKAN MUKA JER LAWA TAPI PERNGAI MACAM ____

wanbu said...

tua itu benar..

mati itu juga benar..

mana yang sampai dulu wallahualam!!

Nurarnida Sabrina said...

sang mantan -ho ho ho

venus - aku takut utk mati

alep - ada brg lama steady je


wanbu - wallahualam

(the naked writer) said...

*tengok dalam seluar

"oh, aku dah layak buat zuriat ni"

=P

Nurarnida Sabrina said...

Kalau gitu gayanya, ramai dah layak kot .Bang, cuba lu seluk poket.

firdaus yahya said...

aku tarik nafas, aku hembus, aku tarik lagi. nak sebatang aku belanja. haha